
“Para pegawai SPRM meminta bantuan kami menyediakan maklumat yang berkaitan dengan siasatan mereka, dan kami beri kerjasama sepenuhnya dengan mereka dengan menyediakan semua sokongan dan maklumat yang diperlukan untuk membantu siasatan,” kata rakan pengurusan syarikat itu Tan Theng Hooi.
“Sebagai sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab, kami akan bekerjasama dengan SPRM dan semua pihak berkuasa mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata tidak seperti yang dilaporkan media, pejabat syarikat itu tidak diserbu dan Deloitte Malaysia tidak disiasat dalam siasatan ke atas pembelian hotel di London oleh FIC atau perkara lain.
SPRM sebelum ini membuka kertas siasatan ke atas pembelian sebuah hotel di Kensington, London, antara 2013 dan 2015 oleh FIC, disyaki diberi pada harga lebih tinggi dari harga asal, menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilaporkan membeli hotel 4 bintang itu pada harga £60 juta (RM330 juta) on 16 Dec 16 2014.