Pembelian hotel Felda: Reman pegawai kanan syarikat dilanjut 4 hari

Pembelian hotel Felda: Reman pegawai kanan syarikat dilanjut 4 hari

Ketua unit harta syarikat perkhidmatan pos dan pengarah syarikat perundingan aset itu sebelum ini direman selama 6 hari bermula 22 Julai.

sprm-dua-orang-felda
PUTRAJAYA: Tahanan reman terhadap 2 pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan berhubung kes pembelian hotel 4 bintang di Kingston, London oleh Felda Investment Corporation (FIC), disambung 4 hari lagi.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki itu bermula esok hingga 31 Julai ini.

Lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta syarikat perkhidmatan pos dan pengarah syarikat perundingan aset itu sebelum ini direman selama 6 hari bermula 22 Julai.

Mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan antara 2013 dan 2015.

Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira 1 tengah hari pada 21 Julai lepas apabila hadir memberi keterangan mengenai pembelian hartanah itu.

2 ditahan SPRM dalam siasatan pembelian hotel Felda

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.