
Majistret Arif Mohamad Shariff membenarkan tahanan reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah.
Suspek ditahan semalam selepas seorang mangsa yang berusia 8 tahun memaklumkan kejadian itu kepada ibu mereka.
Dua lagi mangsa berusia 9 dan 14 tahun.
Laporan media semalam menyebut mangsa telah memaklumkan kepada ibunya yang berumur 39 tahun bahawa pada 19 Julai lalu abangnya telah menariknya masuk ke dalam tandas di sebuah rumah kosong berdekatan rumah mereka sebelum memaksanya melakukan hubungan seks.
“Suspek dikatakan turut mengugut untuk memukul adiknya sekiranya dia memberitahu perkara tersebut kepada orang lain,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitenden Saifi Abdul Hamid semalam.
Saifi berkata sebelum ini 2 lagi mangsa yang berusia 9 dan 14 tahun pernah memberitahu ibu mereka bahawa suspek telah melakukan perkara yang sama terhadap mereka, namun ibu mangsa tidak membuat laporan polis.
Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut, kata beliau.
Suspek menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Kuala Muda semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.