Tak patut rotan kerana yuran PIBG ‘tak wajib’, kata timbalan menteri

Tak patut rotan kerana yuran PIBG ‘tak wajib’, kata timbalan menteri

Kementerian Pendidikan menyiasat insiden seorang pelajar sekolah rendah dirotan 12 kali kerana gagal bayar sumbangan PIBG.

P-Kamalanathan-rotan-murid-sekolah
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan menyiasat insiden seorang pelajar disebat guru 12 kali kerana lewat membuat bayaran untuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan yuran PIBG bukan wajib.

“Saya belum mendapat laporan akhir berhubung siasatan tersebut, bagi saya isu tersebut tidak sepatutnya berlaku, guru tak patut merotan sebab yuran PIBG bukan sesuatu yang wajib.

“Kementerian sedang mengkaji kes tersebut dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya sambil memaklumkan kes pelajar dirotan sehingga berdarah di Melaka juga sedang disiasat polis.

Minggu lalu media melaporkan seorang pelajar sekolah rendah di Damansara disebat 12 kali disebabkan kelewatan menjelaskan yuran PIBG.

NGO, MP kecam kes pelajar disebat kerana yuran PIBG lewat

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.