
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Rajab Ahad Ismail berkata, sebanyak 5,000 cawan kopi diagihkan kepada pemandu yang melalui laluan Kuala Lipis-Gua Musang sejak 11 malam di Hentian Gua Musang di Tanah Puteh, di sini.
“Inisiatif mengagihkan minuman kopi itu menjadi usaha polis Gua Musang setiap kali musim perayaan tiba, sekali gus memberi mesej supaya pengguna dapat menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya dan selamat tiba di destinasi.
“Kami menjangka aliran trafik akan bertambah sesak pada malam Sabtu (malam Ahad) di semua laluan dan kami akan pantau keadaan itu,” katanya selepas pelancaran program berkenaan malam tadi.
Majlis pelancaran program itu disempurnakan Adun Galas, Ab Aziz Yusof dan turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Hentian Gua Musang, Che Ibrahim Che Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Ab Ghani.
Beliau berkata, rondaan di beberapa kawasan “panas” kemalangan akan dipertingkatkan, terutama pada malam Aidilfitri.
Bagaimanapun, sejak Op Selamat dilancarkan pada 18 Jun lepas, katanya, belum ada sebarang kemalangan maut yang berlaku di jajahan berkenaan.