Radar rakam penuh pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas

Radar rakam penuh pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas

TUDM juga sudah menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat malang itu

hawk-108,-TUDM
KEMAMAN: Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Beliau berkata radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

“Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

“Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya,” katanya pada sidang media ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

Affendi berkata selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan.

Dalam insiden pada Khamis lalu, juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari terkorban selepas menyelematkan diri menggunakan payung terjun kecemasan ketika pesawat mereka terhempas.

Mayat kedua-dua mereka ditemui di kawasan hutan berpaya sebuah kampung di Chukai.

 

Pesawat Hawk 108 masih belum ditemui

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.