Nancy Shukri: RM1,000 untuk Shafee ialah angka rasmi, yang lain ‘saya tak tahu’

Nancy Shukri: RM1,000 untuk Shafee ialah angka rasmi, yang lain ‘saya tak tahu’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata jawapannya berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh Pejabat Peguam Negara.

Nancy-Shukri-shafee
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengulangi kenyataannya 2 tahun lepas yang peguam khas dilantik dalam pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim cuma dibayar RM1,000 berdasarkan maklumat yang dibekalkan Pejabat Peguam Negara.

“Sejauh yang saya ingat, apa-apa respon yang diberikan kepada saya untuk dijawab di Parlimen, itu adalah yang rasmi,” katanya dipetik portal berita Malaysiakini malam tadi.

“Selain daripada itu, saya tak tahu. Saya tak dapat mengesahkan atau menafikan dakwaan itu,” katanya.

Beliau ditanya mengenai dakwaan portal Sarawak Report yang berkata Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mengetuai pendakwaan kes liwat terhadap Anwar, menerima sebanyak RM9.5 juta menerusi akaun bank peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Shafee pada Jumaat mengelak daripada menjawab tuduhan itu, sambil berjanji mengeluarkan kenyataan mengenainya, sementara Najib belum memberikan sebarang reaksi.

Dakwaan baharu itu mengundang tindakan undang-undang daripada Anwar, yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia.

Menurut Anwar yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara, dakwaan Shafee menerima RM9.5 juta menimbulkan keraguan mengenai aspek keadilan dalam penghakiman kesnya.

Anwar disabit tuduhan meliwat bekas kerani pejabat PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012 untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Selepas perbicaraan tamat pada 2015, Nancy memberitahu Dewan Rakyat yang Shafee hanya dibayar RM1,000 atas khidmat guamannya.

Shafee enggan komen, elak soalan RM9.5 juta

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.