10 termasuk 2 OCPD bebas dengan jaminan SPRM

10 termasuk 2 OCPD bebas dengan jaminan SPRM

Anggota polis berkenaan termasuk 2 ketua polis daerah yang bertugas di Melaka masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dalam prosiding reman di Mahkamah Majistret di sini semalam.

sprm_melaka_600
PUTRAJAYA:
Sepuluh individu termasuk 7 anggota polis yang direman bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anggota polis berkenaan termasuk 2 ketua polis daerah yang bertugas di Melaka masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dalam prosiding reman di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Hari ini, di mahkamah yang sama, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan 3 suspek yang merupakan orang awam dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kesemua individu yang berumur antara 31 hingga 54 tahun disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sehingga kini, 13 individu termasuk 9 pegawai dan anggota polis di Melaka ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, 3 lagi suspek iaitu 2 pegawai polis berpangkat Deputi Superintenden (DSP) dan Asisten Superintenden (ASP) serta seorang pemandu van yang menjadi orang tengah mengutip wang perlindungan masih ditahan reman.

Pegawai polis berpangkat DSP dari daerah Melaka Tengah direman 7 hari sehingga 29 Mei ini, pemandu van sehingga 30 Mei manakala pegawai polis berpangkat ASP ditahan reman selama 7 hari sehingga 31 Mei bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.