
Remaja berusia 16 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Farahain Roslan di Kuala Lumpur, lapor Bernama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya.
Kesalahan itu dilakukan antara 10.50 pagi hingga 11.14 pagi di Jalan Datuk Abdul Malik, Kampung Sungai Baru pada 11 Sept.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM500 dengan seorang penjamin dan menjadualkan 4 Feb untuk penyerahan laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman.
Di mahkamah majistret berasingan, remaja yang sama, seorang lagi remaja berusia 17 tahun, dan lima lelaki dewasa didakwa atas pertuduhan menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang, dalam kejadian sama.
Pertuduhan bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang bolehs ampai dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lima individu tersebut ialah Sopirman Yunus (31), Redzuan Kamal Abdul Rahman (19), Fallah Islahudden Shah Abdul Fattah (20), Ariffin Abu Bakar (56), dan Azhar Salleh (36). Semuanya mengaku bersalah kecuali Ariffin.
Sopirman, Redzuan, Fallah, dan Azhar didenda RM3,500 setiap seorang, atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan jaminan RM500 setiap seorang bagi kedua-dua remaja tersebut sementara menunggu penyediaan laporan akhlak.
Ariffin pula dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2,800 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 4 Feb untuk sebutan semula kes.