
Selepas disindir Tunku Mahkota Johor (TMJ) 2 hari lalu, Khairy hari ini menjawab isu berkenaan tetapi hanya memberikan komen ringkas seolah tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
“Saya rasa tidak ada apa-apa kebaikan yang boleh datang daripada saya (jika saya) menjawab isu tersebut,” kata beliau kepada media di Parlimen hari ini, lapor Malaysiakini.
Sebelum ini, TMJ membidas ahli Parlimen Rembau itu kerana tidak menghadiri perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang Sabtu lepas.
Menurut TMJ, Khairy yang sepatutnya hadir sebaliknya dikhabarkan sibuk dengan program Askar Wataniah.
“Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” kata TMJ dalam ulasan tajam dimuat naik di Facebook.
“Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar Wataniah daripada menjadi menteri belia dan sukan.”