
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tempoh reman terhadap suspek terbabit dilanjutkan sehingga 27 Mei ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Mereka yang berumur antara 31 hingga 54 tahun sebelum ini direman 6 hari sejak 17 Mei lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009.
Enam daripada 9 individu itu adalah pegawai polis yang bertugas di Melaka manakala 3 lagi adalah orang awam.
Dilaporkan SPRM membekukan beberapa akaun bank milik 9 individu itu susulan siasatan terhadap kes berkenaan.