Bina badan Malaysia tayang otot walau berdepan isu aurat

Bina badan Malaysia tayang otot walau berdepan isu aurat

Ahli bina badan wanita hanya boleh bersaing di luar negara, selepas ia menghentikan penganjuran pertandingan untuk wanita pada 1990an kerana sensitiviti agama.

bina-badan
KUALA LUMPUR: Dengan otot yang berkilaun dengan krim keemasan, berpuluh peserta bina badan berebut gelaran Mr Malaysia Sunday dalam satu acara yang rancak di negara majoriti Islam.

Ratusan peminat, termasuk wanita bertudung, bersorak dan mengambil gambar ketika peserta menayangkan perut yang berpetak-petak, otot peha dan bahu dalam acara 2 hari untuk lelaki sahaja anjuran persekutuan bina badan Kuala Lumpur.

“Saya sudah tonton beberapa pertandinga. Walaupun pakaian mereka bercanggah dengan Islam, saya rasa kita perlu melihatnya sebagai sukan, kat Farhana Nazri, 22, yang meraikan kemenangan abang teman lelakinya.

Malaysia secara amnya dianggap negara Islam sederhana, tetapi kebimbangan meningkat beberapa tahun kebelakangan ini bawah ia menjadi semakin konservatif dengan penekakan kepada tatakelakuan yang ketat.

Majoriti 70 peserta akhir dalam pertandingan pada Ahad berbangsa Melayu Islam.

Dengan seluar pendek warna merah jambu dan rambut terpacak warna merah, Mohamad Hakimi tidak bimbang mendedahkan sebahagian tubuhnya di pertandingan itu.

“Sebagai orang Islam, saya anggap bina badan sebagai sukan. Saya tak rasa mendedahkan kulit saya bercanggah dengan agama saya,” kata pengajar gimnasium berusia 40 tahun itu. “Sukan ini memastikan bentuk tubuh anda sentiasa mengagumkan.”

Menurut penganjur, ahli bina badan wanita hanya boleh bersaing di luar Malaysia, selepas negara menghentikan penganjuran pertandingan untuk wanita pada 1990an kerana sensitiviti agama terhadap pakaian yang mendedahkan.

Lebih separuh daripada 30 juta penduduk Malaysia adalah Melayu Islam.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.