5 pegawai Zakat Pulau Pinang dibebaskan

5 pegawai Zakat Pulau Pinang dibebaskan

Dua pegawai kanan ZPP dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM20,000 berserta seorang penjamin, manakala 3 pegawainya masing-masing dijamin RM10,000 bersama seorang penjamin.

MACC-zakat
GEORGE TOWN: Lima pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) termasuk 2 pegawai kanan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan zakat negeri dibebaskan Mahkamah Majistret selepas tempoh reman ke atas mereka tamat hari ini.

Majistret Muna Maria Azmi membenarkan semua pegawai itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semua pegawai berkenaan tiba di perkarangan Mahkamah Majistret pada jam 11 pagi dan perintah dikeluarkan majistret kira-kira 11.30 pagi tadi.

Dua pegawai kanan ZPP yang direman bermula 9 Mei lalu dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM20,000 berserta seorang penjamin, manakala 3 pegawainya yang ditahan pada 12 Mei masing-masing dijamin RM10,000 bersama seorang penjamin.

Bermula 9 Mei lepas, seramai 15 individu termasuk 7 pegawai kanan ZPP dan kontraktor ditahan SPRM negeri itu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat untuk projek pembangunan masyarakat ZPP sejak 3 tahun lalu.

 

4 pegawai Zakat Pulau Pinang, 7 kontraktor direman 7 hari

3 lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman 6 hari

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.