
Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, selepas laporan bedah siasat berkenaan diperoleh barulah kementerian boleh menjelaskan punca sebenar kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu.
“Kita tidak nafikan kemungkinan ada penyakit lain yang dihidapi pelajar itu tapi apa-apa pun kita tunggu laporan penuh dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemukiman MIC: Persiapan Menjelang PRU14 di Universiti Aimst hari ini.
Kisah Thaqif yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 19 April lalu tersebar di media sosial selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasahnya.
Selepas kedua-dua kakinya dipotong, tangan kanan Thaqif pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadualkan dipotong dari jari hingga bawah siku, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.
Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.
Kisah itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta siasatan kes kematian tersebut dipercepatkan.
Kementerian Kesihatan percepat laporan bedah siasat pelajar tahfiz