Melaka catat 24 kes jenayah seksual kanak-kanak 3 bulan pertama tahun ini

Melaka catat 24 kes jenayah seksual kanak-kanak 3 bulan pertama tahun ini

Ketua menteri Melaka berkata sebanyak 55 kes jenayah seksual dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka tahun lepas.

Idris-Haron-melaka
MELAKA: Sebanyak 24 kes jenayah seksual kanak-kanak dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka untuk perlindungan dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata sebanyak 55 kes jenayah seksual dilaporkan kepada JKM Melaka tahun lepas dan kerajaan negeri menerusi agensi yang berkaitan akan berusaha memastikan keselamatan kanak-kanak di negeri ini terjamin.

“Sehubungan itu, keselamatan kanak-kanak bukan hanya terletak pada agensi kerajaan malah masyarakat juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga dan melindungi kanak-kanak,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Hentikan Jenayah Seksual Kanak-kanak Peringkat Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata perkembangan laman sosial termasuk WeChat dan Facebook turut menyumbang kepada ancaman jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang antara lain menjadi “lubuk” buat golongan pelaku seksual kanak-kanak mengumpan mangsa mereka.

“Kecenderungan ibu bapa masa kini yang gemar memuat naik gambar anak mereka di media sosial tanpa menyedari kelakuan itu (boleh) mengumpan golongan pedofilia yang tidak ubah seperti seekor binatang,” katanya.

Justeru katanya ibu bapa diminta agar mengambil iktibar daripada kes-kes yang dilaporkan supaya tidak menyumbang kepada peningkatan peratusan mangsa jenayah seksual di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.