
Beliau berkata, rakyat perlu menghargai dan meraikan perbezaan bahasa, budaya dan agama yang telah menjadi lambang kekuatan dan perpaduan kaum di negara ini sejak sekian lama.
“Kita perlu ketepikan perbezaan dalam kalangan kita. Kita tidak mahu ekstremis sama ada dari Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya kerana kita mahu wujudkan keamanan di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Ugadi 2017 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri S.Subramaniam, Presiden MyPP Tan Sri M.Kayveas dan Presiden Telugu Malaysia Datuk Dr Achaiah Kumar Rao.
Hari Ugadi disambut kira-kira 400,00 komuniti Telegu di seluruh negara pada 29 Mac lepas.