Ketua polis Kelantan meninggal dunia

Ketua polis Kelantan meninggal dunia

Ab Rahman meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung

ab-rahman
KOTA BHARU:
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan Supt Shaikh Azhar Shaik Omar berkata Ab Rahman, 59, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 3.45 petang tadi.

“Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Datin Che Nat Hassan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata jenazah Ab Rahman akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok.

Ab Rahman meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak.

Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.