Konsert Salman Khan di Malaysia selepas sedekad

Konsert Salman Khan di Malaysia selepas sedekad

Salman akan menjelajah bersama bintang Bollywood lain seperti koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

salmankhan_malaysia_6new00
KUALA LUMPUR:
Selepas hampir 10 tahun, superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 14 April ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines dekat sini.

Pelakon dan penerbit dari India berusia 51 tahun yang sering membawa watak utama dalam beberapa filem seperti Sultan, Dabang dan Bajrangi Bhaijaan dijangka akan memberikan persembahan menakjubkan dalam konsert ‘Da-Bangg The Tour – Live In Malaysia’ yang dibawakan oleh GHC Solutions Sdn Bhd.

Pengerusi GHC Solutions, Datuk Geethanjali G berkata, Salman akan menjelajah bersama bintang Bollywood lain seperti koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

“Tiket berharga RM111, RM333, RM555, RM777, RM999 dan RM2,222 boleh dibeli menerusi RedTix secara dalam talian di www.AirAsiaRedtix.com,” katanya.

Malaysia merupakan pembuka tirai kepada konsert jelajah itu sebelum meneruskannya di Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne sebagai lokasi terakhir.

Konsert itu akan melibatkan 100 orang terdiri daripada penari dan pemuzik dari India dan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.