4 lelaki dipercayai hilang di Gunung Panti, Kota Tinggi

4 lelaki dipercayai hilang di Gunung Panti, Kota Tinggi

Operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai beberapa anggota polis dan Jabatan Hutan itu semalam dihentikan pada 6.30 pagi tadi dan dijangka bermula semula pada 9 pagi ini.

hilang_lelaki
JOHOR BAHRU:
Empat lelaki dipercayai sesat di Gunung Panti, Kota Tinggi, petang semalam.

Ketua Zon Kota Tinggi Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata, pihaknyamenerima laporan kehilangan mereka pada 6.02 petang semalam.

“Kenderaan yang dipercayai kereta mangsa jenis Perodua Kelisa dijumpai berdekatan air terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai beberapa anggota polis dan Jabatan Hutan itu semalam dihentikan pada 6.30 pagi tadi dan dijangka bermula semula pada 9 pagi ini, katanya.

Sementara itu, ketua polis Kota Tinggi Supt Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan laporan kehilangan itu.

Menurut beliau, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kehilangan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.