
Katanya, ketua ahli Parlimen DAP itu tidak dilantik kerana ia akan memyebabkan PH perlu melantik pemimpin lain yang setaraf dengannya.
“Kalau kita letak Kit Siang, kita perlu letak pemimpin lain juga,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Guan Eng semalam berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik “penasihat khas” jawatankuasa penaja gabungan.
Pada 25 Mac lepas, presiden PPBM di suatu himpunan di Padang Rengas dilaporkan berkata gabungan baharu perlu berteraskan Melayu dan PPBM antara parti utama yang akan mendokong perjuangan parti dalam gabungan itu.
Muhyiddin berkata demikian sehari selepas majlis presiden PH, yang terdiri daripada kepimpinan PKR, DAP dan Amanah, bersetuju menerima kemasukan PPBM pada 24 Mac.
Guan Eng berkata Dr Mahathir dan Wan Azizah akan menjadi “wajah utama” PH, tetapi bukan kerana Muhyiddin. “Tiada kaitan,” katanya.
“Kalau kita pilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, bukan kerana kita cuba memenuhi kemahuan orang Melayu,” tambahnya. “Anwar dipilih kerana beliau paling layak mewakili semua kaum.”
Langkah ini berbeza dengan BN yang didakwa menggunakan stereotaip perkauman.
Guan Eng berkata anggota jawatankuasa penaja akan ditentukan pada mesyuarat majlis presiden seterusnya.
“Keanggotaan jawatankuasa perlulah berbilang kaum,” katanya, dan menambah semua pihak adalah rakan kongsi yang sama taraf dalam gabungan itu.
Beliau berkata PH akan “diset semula” dengan kemasukan PH. “Buang yang keruh, ambil yang jernih,” katanya.
Guan Eng berkata DAP sudah memilih 4 ahli untuk mewakili partinya dalam jawatankuasa penaja dan akan mengumumkan nama mereka bersama parti komponen lain.
Gabungan: Buang yang keruh, ambil yang jernih, kata Guan Eng