Putrajaya wajar contohi Sultan Johor tangani isu rumah

Putrajaya wajar contohi Sultan Johor tangani isu rumah

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, baginda berjaya memecahkan persepsi kediaman yang berkualiti mahal dan selama ini kebanyakan rakyat Malaysia hanya mampu 'bermimpi'.

Charles-Santiago_sultan-johor_rumah_600
KUALA LUMPUR:
Kerajaan persekutuan perlu mencontohi pendekatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam menjamin harga rumah berkualiti bawah RM100,000, kata kata seorang wakil rakyat DAP hari ini.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, baginda berjaya memecahkan persepsi kediaman yang berkualiti mahal dan selama ini kebanyakan rakyat Malaysia hanya mampu ‘bermimpi’.

“Ini (langkah Sultan Johor) pendekatan yang baik. Di sesetengah negeri, rumah kos rendah pun berharga sekitar RM40,000 hingga RM60,000. Mereka tak mampu memiliknya.

“Ini menunjukkan projek perumahan (di negeri lain) propemaju. Ini menunjukkan sejauh mana kita terlepas pandang (dalam memastikan rakyat dapat memiliki rumah),” kata beliau kepada FMT.

Beliau mengulas “Rumah Impian Sultan Ibrahim” di Johor di mana rumah banglo atau kembar dua di bawah RM100,000 setiap unit.

Sultan Johor bertitah, buat permulaan, sebanyak 1,840 rumah, termasuk banglo dan rumah berkembar akan dibina secara berperingkat di 3 lokasi di Johor.

Unit dengan keluasan lantai 1,100 kaki persegi dan 3 bilik untuk rakyat yang tidak mampu membeli rumah, mereka yang tidak memiliki rumah dan mereka yang berpendapatan rendah.

Pada 22 Mac lepas, seramai 195,000 orang berpusu-pusu dalam masa 2 jam pertama untuk membuat tempahan.

Jelas Santiago, tarikan utama projek itu tentunya harga kerana mustahil untuk memiliki rumah berkualiti pada harga itu.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pula memberitahu, kerajaan persekutuan berjanji untuk membina setengah juta rumah mampu milik, tetapi harganya terlalu mahal.

“Tetapi harganya terlalu tinggi. Hakikatnya ia menunjukkan rumah mampu milik mereka sebenarnya tidak mampu dimiliki,” kata beliau.

Menurut Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Bayaran 2016 oleh Bank Negara, sejak 2012, kenaikan harga rumah mengatasi kenaikan paras pendapatan.

Ketakseraian antara bekalan rumah dan permintaan ketika isi rumah dan pemaju mempunyai jangkaan yang berbeza dilaporkan punca utama kenaikan itu.

Bank Negara berkata, isu rumah mampu milik, cerminan kepada ketidakseimbangan bekalan dan permintaan, semakin buruk dalam tempoh 2012 hingga 2014.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.