Banduan liwat banduan, Polis Perak siasat 2 kes

Banduan liwat banduan, Polis Perak siasat 2 kes

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata, kedua-dua laporan diterima kelmarin.

Gan-Tian-Kee_jail_600
IPOH:
Polis Perak menerima 2 laporan daripada banduan yang mendakwa diliwat banduan lain dalam kejadian di Penjara Taiping dan Pusat Koreksional Kamunting.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, kedua-dua laporan diterima kelmarin.

Kes pertama melibatkan mangsa berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh banduan berusia 50 tahun di Penjara Taiping, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kes kedua pula dilaporkan oleh mangsa berusia 27 tahun yang mendakwa diliwat banduan berusia 42 tahun di Pusat Koreksional Kamunting, Taiping.

Kes disiasat menurut Seksyen 3777C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.