
Presiden Perkasa itu berkata ini kerana isu yang ingin dibincangkan dalam debat itu, iaitu mengenai skandal 1MDB dan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) sudah pun diketahui umum.
“Ada yang kata debat ini peribadi dan bukan mewakili wakil kerajaan, jadi debat ini untuk apa? Bagi saya buat masa ini debat itu tidak relevan.
“Apa yang mereka nak debat isi kandungannya orang sudah tahu. Kalau mereka nak debat juga tak apa, mereka ada masa dan tak ada kerja lain,” katanya pada sidang media hari ini.
Terdahulu Nazri meminta tarikh debat antara beliau dan Dr Mahathir ditunda ke 7 April, di Kompleks Karangkraf selepas polis menolak tarikh asal iaitu pada 25 Mac di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar.
Nazri sebelum ini menyahut cabaran Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk berdebat mengenai perkara yang memberi kesan kepada negara terutamanya melibatkan 1MDB dan BMF.
Ibrahim berkata waktu yang sesuai untuk pemimpin politik berdebat ialah pada pilihan raya kerana rakyat akan dapat menilai isu diperjuangkan pemimpin yang akan dipilih.
“Adakah debat Nazri dan Dr Mahathir ini bagus? Macam di Amerika Syarikat mereka debat sesama calon yang bertanding untuk bincang isu rakyat sekali gus beri manfaat. Tapi debat (Nazri dan Dr Mahathir) untuk apa?
“Waktu paling sesuai untuk debat ialah masa pilihan raya di mana calon yang bertanding boleh berdebat antara parti politik. Jadi dalam hidup ini masa kena jaga, jangan buang masa,” katanya.