
Beliau berkata, jika terdapat sebarang persepsi negatif terhadap mana-mana agama, ia disebabkan oleh segelintir pihak yang mengeksploitasi agama, bukannya kerana agama itu sendiri.
“Saya pasti ia bukan kerana agama. Terdapat penganut Hindu yang tidak baik, penganut Buddha tidak baik, umat Islam tidak baik, orang Kristian yang tidak baik.
“Tetapi anda tahu di Malaysia, ini adalah apa yang berlaku. Ahli politik mengeksploitasi agama. Ahli-ahli politik yang mengenakan nilai-nilai mereka ke atas orang-orang muda.”
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk “Malaysia: Sekular atau Beragama? Apakah Masa Depan Kita?” yang diadakan di Gereja Methodist Wesley di sini, hari ini.
Menurut Ragunath, ini sebabnya sesetengah orang Melayu masih ketinggalan walaupun menerima bantuan sejak berdekad-dekad daripada kerajaan.
Beliau menyenaraikan Kelantan dan Terengganu sebagai contoh, kedua-dua negeri di mana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencadangkan pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menerima sebahagian besar sokongan.
“Saya masih ingat, ketika saya menunggu di Mahkamah Majistret (Terengganu) bagi kes saya untuk bermula. Di sana, saya mendapati 90% daripada mereka yang dituduh berkaitan dengan kesalahan dadah adalah beragama Islam.
“Dan di Kelantan, anda tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah asas seperti kemiskinan. Segala usaha telah dilakukan untuk menyokong orang Melayu, tetapi mengapa terdapat begitu banyak masalah dengan orang Melayu.
“Ada sesuatu yang tidak kena. Anda mahu tahu mengapa? Ini kerana keutamaan mereka salah. Keutamaan adalah kepada bentuk berbanding isi. Kita tidak bercakap soal menjadi seorang Muslim yang baik, sebaliknya (kita hanya bercakap) tentang rupa seorang Muslim yang baik.”
Hadi kini dalam usaha hendak membawa usul meminda Akta 355, antara lain mahu meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah untuk mengenakan hukuman penjara 30 tahun, denda sehingga RM100,000 dan sebatan sehingga 100 kali. Pada masa ini, kuasa hukuman jenayah Mahkamah Syariah dihadkan kepada hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Sesetengah pihak melabel langkah Hadi itu sebagai cara PAS untuk melaksanakan hukum hudud satu hari kelak. Walaupun Hadi menafikan andaian itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan beberapa pihak yang lain mempersoalkan mengapa kritikan ke atas pindaan dicadangkan itu berhadapan dengan jawapan yang keras.
Bulan lepas, Asri berkata, pindaan atau undang-undang hudud bukan apa yang umat Islam perkukan sekarang. Sebaliknya, terdapat banyak isu lain yang perlu diberi perhatian seperti tadbir urus yang baik, alam sekitar dan rasuah.