Peguam tertuduh kes Jong Nam mahu bedah siasat baharu

Peguam tertuduh kes Jong Nam mahu bedah siasat baharu

Selvam Shanmugam berkat dakwaan mengatakan si mati menghidap penyakit menjadi sebab meminta bedah siasat baharu.

kim-jong-nam
PETALING JAYA: Peguam kepada salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam berkata dakwaan mengatakan si mati menghidap penyakit menjadi sebab meminta bedah siasat baharu.

Selvam Shanmugam, peguam kepada suspek warga Vietnam Doan Thi Huong berkata demikian ketika ditemubual majalah Vietnam Zing, lapor South China Morning Post hari ini.

Jong Nam, abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh pada 13 Februari lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 apabila 2 wanita, salah seorangnya Thi Huong, mengenakan sejenis cecair padanya. Cecair itu kemudian dikenal pasti pihak berkuasa sebagai agen saraf VX, bahan yang dikelaskan PBB sebagai senjata pemusnah.

Pihak berkuasa berkata Jong Nam mati dalam masa 20 minit selepas terkena VX.

Selvan bagaimanapun berkata bedah siasat baharu perlu dijalankan, memandangkan diplomat Korea Utara ke Malaysia mendakwa si mati mengidap masalah jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

“Ada sebab duta Korea Utara berkata demikian. Saya percaya ia antara isu yang perlu dipertimbangkan Peguam Negara,” kata Selvan dipatik sebagai berkata, dalam usahanya mendesah bedah siasat baharu ke atas si mati yang didakwa dibunuh anak guamnya.

Korea Utara sehingga hari ini enggan mengiktiraf si mati sebagai Jong Nam, merujuk beliau sebagai Kim Chol, nama yang digunakan dalam pasport yang dibawanya.

Selvan mempertikaikan sama ada agen saraf VX digunakan untuk membunuh warga Korea Utara itu memandangkan 2 wanita yang didakwa mengendalikan bahan itu dan orang ramai di lapangan terbang semasa kejadian berlaku tidak terkesan.

“Adakah agen VX atau penyakit yang dihidap punca kematiannya?” soal peguam dalam temubual itu.

Doan Van Thanh, bapa Thi Huong, percaya anak perempuannya tidak bersalah dan bersetuju membenarkan Selvam mewakili anaknya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.