
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dengan pertukaran itu, kerajaan negeri berjaya memperoleh RM600 juta daripada pemaju dan
dimasukkan ke dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang kemudiannya digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ).
Hasil itu merupakan bayaran pemaju kepada kerajaan negeri yang ditetapkan bagi pemohonan pertukaran status hartanah di negeri ini, katanya.
“Ia melibatkan rumah yang harganya lebih daripada rumah mampu milik tetapi kebanyakannya rumah mahal dan mewah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang, hari ini.
Katanya lagi, pelepasan penukaran status hartanah turut dilakukan di negeri lain namun prosedurnya berbeza.
“Selangor juga mengamalkan konsep pelepasan lot bumiputera.
“Jadi pembangkang tidak boleh salahkan Johor kerana semua negeri melaksanakannya,” kata Mohamed Khaled.
Justeru, beliau menegaskan pertukaran status itu tidak melibatkan RMMJ sekaligus menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan penukaran status itu
melibatkan RMMJ.
Tambahnya, jika wujud ketirisan, pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.