Pesara kerajaan masih boleh dapat ubat percuma, kata JPA

Pesara kerajaan masih boleh dapat ubat percuma, kata JPA

Pesara kerajaan dan veteran berpencen boleh menghubungi JPA di talian 03-88854099/4037/4014 (waktu pejabat) atau e-mel [email protected] bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

 

jpa_ubat_6001
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menegaskan kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan untuk pesara perkhidmatan awam persekutuan dan veteran berpencen tidak dihentikan seperti yang ditularkan.

JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata, kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan boleh diperolehi melalui preskripsi pegawai perubatan kerajaan di kemudahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hospital universiti.

Sekiranya terdapat masalah mengenai kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan, pesara kerajaan dan veteran berpencen boleh menghubungi JPA di talian 03-88854099/4037/4014 (waktu pejabat) atau e-mel [email protected] bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Mengenai perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara kerajaan dan veteran berpencen melalui sistem Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS), JPA menjelaskan kontrak perkhidmatan yang disediakan syarikat Oratis Rx Sdn Bhd sejak 26 Januari 2012 sudah tamat tempoh pada 27 Januari tahun ini.

Menurut JPA, perkhidmatan itu dilanjutkan secara interim sehingga 27 Februari 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.