Namakan menteri itu, Najib cabar Azmin

Namakan menteri itu, Najib cabar Azmin

Perdana menteri mengandaikan Menteri Besar Selangor Azmin Ali berbohong untuk mencetuskan kekecohan.

najib-azmin
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mengandaikan persoalan sama ada seorang menteri akan meletak jawatan, yang ditimbulkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebagai cubaan untuk mencetuskan kekecohan.

“Tidak ada menteri memaklumkan pada saya bahawa dia meletakkan jawatan,” kata perdana menteri di Facebook malam tadi.

“Saya andaikan Azmin berbohong untuk mencetuskan kekecohan kecuali beliau dedahkan nama menteri itu.”

Tweet ringkas Azmin petang tadi menyebabkan media tercari-cari siapa menteri kabinet yang meletakkan jawatan, bagi menjawab tanda tanya yang ditimbulkan.

FMT cuba mengesahkan khabar angin itu dengan beberapa pemimpin BN.

“Saya tak tahu. Semua orang hubungi saya tetapi sudah tentu ia bukan saya,” kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menteri pelancongan dan kebudayaan.

“Tolong lah Azmin, bagi tahu kami siapa dia. Jangan buat kami ‘saspen’ (berdebar-debar),” katanya.

Azmin juga membuatkan peguam terkemuka dan bekas pengerusi Bersih 2.0 tertanya-tanya.

Ketika berucap di himpunan sempena tahun kedua pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau tidak dapat mengesahkan khabar angin itu, tetapi ia “memberi harapan kepada kita” dan menggesa anggota kerajaan supaya “membuat pendirian yang betul”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.