
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) April 2026 yang dikeluarkan hari ini, IMF juga mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia pada 4.3% bagi 2027.
Pada 2025, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2%, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.
Menerusi WEO Januari 2026 “Global Economy: Steady amid Divergent Forces”, IMF menjangkakan KDNK Malaysia bagi 2026 adalah sebanyak 4.3%.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4 hingga 5% tahun ini, dengan daya tahan domestik negara serta struktur eksport yang pelbagai terus menjadi penampan dalam menghadapi cabaran luaran semasa, terutama akibat konflik di Asia Barat.