
Menurut peguam Chai, New Sin Yew, petisyen Khoo bertindih kerana mahkamah di United Kingdom (UK) mengisytiharkan mereka secara rasmi bercerai minggu lepas.
“Ia adalah akademik. Perkahwinan itu sudah berakhir. Mahkamah UK mengisytiharkan Khamis lalu mereka bercerai secara rasmi. Dekri mutlak diberikan kepada beliau di sana.
“Di UK, peguam sedang menunggu untuk pembahagian aset,” New memberitahu akhbar itu lagi.
Dekri mutlak, atau dikenali sebagai “dekri nisi”, adalah dokumen undang-undang yang mengakhiri perkahwinan itu.
Sementara itu, Chai, 70, berkata beliau lega dan hanya mahu meneruskan hidupnya.
“Saya amat lega kerana sudah memperoleh penyudah kepada proses 4 tahun yang panjang. Saya berharap dapat meneruskan perkara lain dalam kehidupan bersama keluarga saya,” katanya kepada The Star dalam satu mesej teks.
Chai memfailkan perceraian di UK 4 tahun lalu.
Khoo, yang berpangkalan di Malaysia, adalah pengerusi bukan eksekutif Laura Ashley Holdings, perunit fesyen dan hiasan rumah popular di Britain.
Beliau juga merupakan pengerusi syarikat pegangan pelaburan antarabangsa Malayan United Industries Bhd.
Khoo, 78, berkahwin Chai pada 1970 dan mereka mempunyai 5 anak yang sudah dewasa. Khoo dan Chai berjuang menuntut wang di mahkamah sejak 2012.
Dilaporkan sebelum ini Chai mahukan perceraian itu diputuskan di UK, di mana beliau akan menerima 50% daripada aset Khoo.
Bekas suaminya pula, sentiasa mahu perceraian itu untuk didengar di Malaysia, di mana beliau mungkin diberi jumlah pemberian aset lebih kurang.
Daily Mail UK melaporkan minggu lepas Chai meminta £85,000 (RM470,000) sebulan daripada bekas suaminya yang tinggal di Malaysia.
Dalam petisyen perceraian UK beliau, Chai juga meminta bayaran sebanyak £135,000 setahun bagi menampung penerbangan kelas pertama, suite di hotel 5 bintang dan pemandu.
New memberitahu The Star Mahkamah Keluarga di Kuala Lumpur menetapkan 28 Mac untuk pengurusan kes bagi permohonan Chai untuk membatalkan petisyen perceraian Khoo.
Sebagai tindak balas kepada peguam Chai atas petisyen “akademik” itu, peguam Khoo Goh Siu Lin berkata keputusan mahkamah UK tidak mengubah kedudukan undang-undang yang mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen perceraian Khoo.
“Dikri mutlak tidak diiktiraf secara automatik di Malaysia. Mahkamah Malaysia masih mengekalkan bidang kuasa untuk mendengar petisyen perceraian Malaysia yang belum selesai,” Goh dipetik sebagai berkata oleh The Star.
Chai memfailkan permohonan terbaru menolak petisyen Khoo pada 20 Jun tahun lepas.
Pada 28 April 2016, Mahkamah Persekutuan menafikan kebenaran Chai merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan kerana tidak mempunyai hak memilih tempat bermastautin kerana undang-undang biasanya menyatakan isteri perlu mengikut suaminya.
Ini selepas Chai berkata, kes itu akan didengar di UK kerana beliau bermastautin di Britain sejak 1980.
Ini menyebabkan Khoo meneruskan petisyen perceraiannya terhadap beliau di Malaysia.