Rasuah: Reman 11 hari tamat, KSU dan anak dibebaskan

Rasuah: Reman 11 hari tamat, KSU dan anak dibebaskan

Majistret membenarkan KSU itu dibebaskan dengan jaminan RM200,000 manakala anaknya RM25,000.

sprm-ksu
PUTRAJAYA: Seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian bergelar Datuk dan seorang anaknya yang direman 11 hari bagi membantu siasatan kes rasuah serta salah guna kuasa, dibebaskan hari ini.

Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim membenarkan lelaki berusia 59 tahun dan anak lelakinya berumur 34 itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas reman ke atas mereka tamat hari ini.

Majistret membenarkan KSU itu dibebaskan dengan jaminan RM200,000 manakala anaknya RM25,000.

Kedua-dua mereka sebelum ini ditahan reman 7 hari bermula 4 hingga 11 Januari lalu dan disambung selama 4 hari lagi sehingga hari ini.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan arahan reman ke atas suspek dan 2 anaknya bagi tempoh 7 hari.

Rabu lalu, mahkamah membebaskan seorang lagi anak lelaki KSU tersebut yang berusia 29 tahun dengan jaminan RM10,000 selepas siasatan ke atasnya selesai.

Ketiga-tiga individu itu yang ditahan pada 4 Januari lalu disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Terdahulu, KSU dan anaknya yang berpakaian biasa itu dibawa ke Mahkamah Majistret kira-kira 11 pagi dengan wajah masing-masing ditutupi baju.

KSU itu ditahan di rumahnya di USJ, Subang, pada 8 pagi, manakala 2 anaknya ditahan selepas memberi keterangan di ibu Pejabat SPRM pada hari sama.

Dua anak lelaki KSU itu merupakan pengarah urusan 2 syarikat berbeza.

Selepas jongkong emas, SPRM sita RM550,000 di rumah KSU

SPRM tahan KSU, rampas RM3 juta jongkong emas, wang tunai

KSU kementerian, 2 anak lelaki direman 7 hari

Rasuah: Reman KSU dan anak dilanjut 4 hari

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.