
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan perintah tahanan reman KSU berumur 59 tahun dan anak lelakinya berusia 34 tahun, bermula esok hingga Ahad ini.
Seorang lagi anaknya yang berusia 29 tahun dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah reman 7 hari ke atas KSU dan 2 anak lelakinya itu.
Mereka bertiga ditahan pada 4 Januari lalu bagi membantu siasatan menurut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaaan serta Akta Pengubahan Wang Haram.
Terdahulu, KSU dan 2 anaknya itu dibawa ke Mahkamah Majistret kira-kira jam 9.55 pagi dengan menaiki 3 kenderaan berasingan.
Pada 4 Januari lalu, KSU itu ditahan di rumahnya di USJ, Subang pada jam 8 pagi, manakala 2 anaknya ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada hari sama.
Kedua-dua anak lelaki KSU itu merupakan pengarah urusan 2 syarikat berasingan.