Peguam mohon Sultan Johor jadi saksi

Peguam mohon Sultan Johor jadi saksi

Sepina dipohon dalam kes seorang bekas peguam didakwa melakukan pecah amanah.

Kamal-Hisham-Jaafar
PETALING JAYA:
Seorang peguam meminta Mahkamah Sesyen Johor Bahru sepina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar sebagai saksi dalam satu kes.

Kamal Hisham Jaafar membuat permohonan itu dalam kes yang menyaksikan beliau berdepan pertuduhan pecah amanah serta dakwaan lain di bawah Akta Syarikat 1965.

Peguamnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, memfailkan permohonan itu pagi tadi, lapor Malaysiakini.

Permohonan itu mengemukakan 31 alasan yang tidak dibacakan secara terbuka tentang keperluan sepina Sultan Johor sebagai saksi, lapor portal itu.

“Hakim bicara tidak membuat apa-apa perintah kerana permintaan sepina itu baru sahaja difailkan,” kata Khairul.

Kes terhadap Kamal, yang pernah berkhidmat untuk Sultan Johor, bermula semalam.

Kamal cuba untuk memindahkan perbicaraan ke Kuala Lumpur, di mana beliau percaya akan diberikan perbicaraan yang adil.

Beliau sebelum ini mendakwa tidak lagi boleh hidup dengan selamat di Johor, menurut portal itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.