Selepas jongkong emas, SPRM sita RM550,000 di rumah KSU

Selepas jongkong emas, SPRM sita RM550,000 di rumah KSU

Sumber SPRM berkata, mata wang asing pound, euro dan dolar Singapura itu disembunyikan anak Datuk Mohd Arif Ab Rahman dalam rumahnya di USJ, Subang Jaya.

sprm
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai kira-kira RM550,000 di rumah ketua setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semalam.

Menurut sumber SPRM, wang tunai yang dirampas di rumah Datuk Mohd Arif Ab Rahman itu merupakan mata wang asing British pound, euro dan dolar Singapura.

“Wang tersebut disembunyikan salah seorang anak suspek di dalam rumahnya di USJ, Subang Jaya.

“Kita merakamkan percakapan anak suspek tersebut yang berusia dalam lingkungan 20-an untuk membantu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan rampasan wang tunai itu, tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes tersebut.

Tiada tangkapan baharu berhubung kes itu, setakat ini.

Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini oleh SPRM, susulan penahanan Mohd Arif, 59, di kediamannya di USJ, Subang Jaya, Rabu lalu, manakala 2 anak lelakinya berusia 29 dan 34 tahun ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM, pada hari sama.

KSU dan 2 anaknya itu ditahan reman 7 hari bermula Khamis lalu sehingga 11 Januari ini bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Siasatan KSU: SPRM temui 8kg emas lagi bernilai RM1.6 juta

KSU kementerian, 2 anak lelaki direman 7 hari

SPRM tahan KSU, rampas RM3 juta jongkong emas, wang tunai

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.