Jabatan Pendidikan: 17 sekolah di Kelantan ditutup akibat banjir

Jabatan Pendidikan: 17 sekolah di Kelantan ditutup akibat banjir

Lapan sekolah ditutup di Kuala Krai, 5 di Tanah Merah serta masing-masing 3 dan 1 di Pasir Mas dan Tumpat.

banjir-4
KOTA BHARU: Sebanyak 17 sekolah di Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas ditutup hari ini berikutan banjir yang melanda 4 jajahan itu semalam.

Jabatan Pendidikan Kelantan dalam kenyataannya malam tadi berkata, 8 sekolah ditutup di Kuala Krai, 5 di Tanah Merah serta masing-masing 3 dan 1 di Pasir Mas dan Tumpat.

Di Kuala Krai, sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal, SK Pasir Gajah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gajah dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Saadatul Qura.

“Bagi Tanah Merah pula, 5 sekolah itu ialah SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang, SK Tebing Tinggi dan SMK Ladang Kerilla.

“Turut ditutup 3 sekolah di Pasir Mas, iaitu SK Kampung Baru, SK Rahmat dan SK Rantau Panjang serta 1 di Tumpat iaitu SK Pulau Beluru,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut jumlah murid dan pelajar yang terjejas akibat penutupan sekolah berkenaan.

Mangsa banjir Kelantan kembali meningkat

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.