4 sekeluarga termasuk 2 bayi kembar maut di Tampin

4 sekeluarga termasuk 2 bayi kembar maut di Tampin

Roslan berkata, 2 daripada 3 bayi kembar berusia setahun yang turut berada dalam kereta Proton Saga itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tampin.

kereta
TAMPIN:
Empat sekeluarga termasuk 2 bayi kembar berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan 2 kenderaan di Jalan Tampin-Gemas.

Penguasa Kanan Bomba II dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Roslan Sahrani berkata, dalam kejadian 3.20 petang tadi, kereta Proton Saga yang dinaiki 6 sekeluarga itu dipercayai terbabas, sebelum melanggar sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun yang datang dari arah bertentangan.

“Yang maut di tempat kejadian adalah pemandu kereta itu berumur 37 tahun dan seorang wanita dalam lingkungan 60 tahun, manakala 2 daripada 3 bayi kembar setahun yang turut berada dalam kereta Proton Saga itu meninggal dunia di Hospital Tampin ketika mendapatkan rawatan.

“Pemandu Proton Persona pula patah kaki dan dirawat di hospital sama,” katanya kepada Bernama.

Mangsa maut adalah Nazipah Chik, 60; Mohd Fadzil Jusoh, 37; bersama 2 anaknya, iaitu Muhd Farhan dan Nur Farhana, masing-masing berusia setahun.

Mangsa cedera ialah isteri dan anak Mohd Fadzil, iaitu Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, dan Muhd Fahimi, setahun, serta pemandu Proton Persona, Abdullah Lebai Abas.

Semua 6 sekeluarga itu beralamat di Kampung Batu 4, Binjai, Kemaman, Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 petang dan mengambil masa kira-kira 3 minit untuk mengeluarkan pemandu Proton Saga tersepit di tempat duduk pemandu.

“Ketika kami sampai, ada mangsa dalam Proton Saga dikeluarkan orang ramai, manakala pemandunya berada dalam kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

 

14 maut, 16 cedera dalam kemalangan bas ekspres

Bas dipandu laju, ‘terbang’ junam cerun, kata saksi

14 maut, 16 cedera dalam kemalangan bas ekspres

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.