Keluarga Kayamboo terima RM400,000

Keluarga Kayamboo terima RM400,000

Ahli keluarga Kayamboo akan menerima bayaran berjumlah RM422,000 yang akan diberi secara berperingkat.

Hishammuddin-Hussein_kayamboo_600
GEORGE TOWN:
Keluarga mendiang Major Kayamboo Chellam akan menerima RM422,000 sumbangan daripada Kementerian Pertahanan dan Tabung Amanah Negara Perwira Negara (Perwira), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini.

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu maut selepas pesawat dipandunya terhempas di pangkalan udara Butterworth pada Rabu.

“Ahli keluarga Kayamboo akan menerima gaji beliau lebih awal, insurans, dan lain bayaran berjumlah RM422,000, yang akan diberikan secara berperingkat.

“Isteri Kayamboo S Usha, 42, akan menerima pencen berjumlah RM2,300.

“Kepada 3 anggota lain yang cedera, mereka akan menerima RM10,000 setiap seorang,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat balu mendiang di Sungai Nibong, Bayan Lepas, di sini hari ini.

Terdahulu, Hishamuddin meluangkan masa dan memberi jaminan kepada keluarga Kayamboo yang kementeriannya akan melakukan apa yang termampu untuk membantu mereka pada masa sukar ini.

Hishammuddin juga berjanji membayar satu set gigi palsu untuk ibu Kayamboo, M Indra Devi, 65, selepas memberitahu cadangan anaknya itu.

Sebelum meninggalkan mereka, Hishammuddin memeluk ahli keluarga dan memberitahu Kayamboo berkhidmat dengan baik untuk negara.

Turut hadir adalah Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.

Kayamboo meninggalkan ibu bapanya, isteri, 4 adik-beradik dan 4 anak.

Kayamboo bukti pengorbanan dihargai tanpa mengira kaum, kata menteri

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.