Adik Zahid Hamidi meninggal dunia

Adik Zahid Hamidi meninggal dunia

Ahmad Dzulfikri menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju.

zahid-hamidi_Dzulfikri_600
IPOH:
Adik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri meninggal dunia pada kira-kira 11.30 malam tadi pada usia 45 tahun.

Pegawai khas Zahid, Datuk Khairuddin Tarmizi yang mengesahkan perkara itu berkata Ahmad Dzulfikri menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Ketika Datuk Seri Ahmad Zahid menelefon saya memaklumkan mengenai perkara ini tadi, saya tidak sempat bertanyakan sakit apa,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Khairuddin berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh selepas solat Jumaat esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.