Syabas: Bekalan air pulih 99% di zon 1

Syabas: Bekalan air pulih 99% di zon 1

Menurut Syabas, kawasan di zon 1 yang belum pulih sepenuhnya ialah di Sungai Penchala, Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI serta SS21 Damansara, manakala Zon 2 akan mula mendapat bekalan air selepas 4 petang ini.

syabas-air
KUALA LUMPUR:
Sejumlah 99% kawasan di Zon 1 sudah mendapat bekalan air setakat 9 pagi tadi berikutan pengoperasian penuh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor pulih 100%, manakala Petaling 98%.

Menurut kenyataan itu, kawasan di zon terbabit yang belum pulih sepenuhnya ialah di Sungai Penchala, Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI serta SS21 Damansara.

Sementara itu, katanya, kawasan di Zon 2 akan mula mendapat bekalan air selepas 4 petang ini.

Kenyataan itu menyebut, pengguna di zon berkenaan yang tidak mendapat bekalan air selepas 4 petang boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip TANKER nama dan alamat.

“Untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terlibat, pengguna dinasihat menggunakan air secara berhemat,” kata kenyataan itu.

Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my,, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, facebook Air Selangor atau twitter air_selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai status pemulihan bekalan air.

Kerja selenggara TNB selesai, bekalan air zon 1 pulih

Proses pulih bekalan air ambil masa, kata Syabas

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.