
Yvonne Seah, 45, dijatuhi hukuman 2 minggu penjara dan denda S$10,000 selepas mengaku bersalah terhadap 3 tuduhan termasuk pemalsuan dan kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan yang melibatkan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho.
Pihak berkuasa Singapura mengatakan Low, juga dikenali sebagai Jho Low, sebagai individu utama dalam siasatan pengubahan wang haram.
Seah bekerja dengan Yak Yew Chee, naib presiden kanan BSI Singapura, yang merupakan pegawai bank persendirian bagi Low dan 1MDB.
Yak dijatuhi hukuman penjara 18 minggu pada November atas tuduhan yang sama.
Diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi pengerusi lembaga penasihat, 1MDB menjadi subjek siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Najib menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.
Singapura tahun ini menutup BSI dan Bank Falcon Private susulan tindakan keras terbesar terhadap pengubahan wang haram yang didakwa berhubung dengan 1MDB.
Pada Mei, bank pusat Singapura menyerahkan 6 anggota pengurusan kanan BSI dan kakitangan kepada pendakwa raya untuk memeriksa jika mereka melakukan kesalahan jenayah berikutan siasatan pengubahan wang haram itu.
PAUTAN:
Bekas pengurus bank BSI peroleh RM74 juta dalam tempoh 15 bulan