Tiada rakyat Malaysia cedera letupan bom di Istanbul

Tiada rakyat Malaysia cedera letupan bom di Istanbul

Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian 2 letupan bom di Istanbul semalam, yang meragut nyawa 38 orang dan menyebabkan 166 lagi cedera.

malaysia_Istanbul-bombing_600
KUALA LUMPUR:
Kedutaan Malaysia di Ankara mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian 2 serangan bom di luar stadium bola sepak Besiktas di Istanbul, Turki, semalam.

Kementerian Luar, dalam kenyataan hari ini, berkata kedutaan itu sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang tinggal di Istanbul.

“Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian 2 letupan bom di Istanbul semalam, yang meragut nyawa 38 orang dan menyebabkan 166 lagi cedera,” katanya.

Menurut kementerian itu, kerajaan Malaysia mengutuskan ucapan takziah tidak terhingga kepada kerajaan dan rakyat Republik Turki serta keluarga dan mereka yang menjadi mangsa serangan itu.

“Malaysia menyifatkan tindakan penggaans itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menyeru agar pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Kementerian berkenaan juga mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat melawat Turki supaya sentiasa berwaspada serta merjuk kepada garis panduan keselamatan yang dimuatkan dalam laman sesawangnya.

Media asing melaporkan, bom berkenaan, satu daripadanya diletupkan menggunakan kereta dan satu lagi kes letupan bom bunuh diri, berlaku berselang kurang seminit di luar stadium Besikias tidak sampai 2 jam selepas satu perlawanan bola sepak berakhir, semalam.

15 maut, 69 cedera dalam 2 serangan bom di Istanbul

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.