3 penculik ditembak mati di Sabah

3 penculik ditembak mati di Sabah

Difahamkan, 2 lagi suspek diberkas manakala seorang lelaki dipercayai mangsa culik berjaya diselamatkan dalam kejadian kira-kira jam 9.51 pagi itu.

14th-Battalion-General-Operations-Force
SEMPORNA:
Pasukan keselamatan dipercayai menembak mati 3 daripada 5 penculik dari selatan Filipina ketika cuba menculik seorang lelaki di perairan Merabung-Bakapit, dekat Lahad Datu, semalam.

Difahamkan, 2 lagi suspek diberkas manakala seorang lelaki dipercayai mangsa culik berjaya diselamatkan dalam kejadian kira-kira jam 9.51 pagi itu.

Seorang anggota keselamatan dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera di bahagian kaki, dipercayai terkena tembakan dalam kejadian itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun dijadual mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna pada jam 10.30 pagi ini bagi menjelaskan kejadian sebenar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.