Risalah misteri selit surat khabar cuba pengaruhi ahli DAP

Risalah misteri selit surat khabar cuba pengaruhi ahli DAP

Lim Lip Eng berkata, risalah itu ternyata bukan diedarkan ahli DAP, sebaliknya ada pihak yang cuba merosakkan hubungan sesama parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Lim-Lip-Eng
PETALING JAYA: Beberapa risalah misteri ditemui diselitkan dalam setimbun surat khabar Cina yang diletakkan di luar dewan Persidangan Kebangsaan DAP semalam.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng dilaporkan menemui beberapa risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina di tepi lif luar dewan.

Beliau yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, risalah itu ternyata bukan diedarkan ahli DAP, sebaliknya ada pihak yang cuba merosakkan hubungan sesama parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Antara risalah itu adalah “Tamatkan familisme, selamat tinggal dinasti Lim” dan laporan mengenai kenyataan perkauman dan tuduhan terhadap DAP oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, beberapa tahun lalu.

Satu lagi risalah bertajuk “Katakan tidak kepada PAS” dan kandungannya mengenai bantahan terhadap RUU 355, kerjasama PKR-PAS, kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)-PAS.

Satu lagi risalah menuding jari ke arah PKR yang mendakwa terlalu banyak DNA Umno dalam parti itu dan pasukan dikuasai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengubah hubungan kerjasama Pakatan Harapan kerana beliau mempunyai agenda peribadi, taktik kotor dan tidak lagi bersama Pakatan Harapan, sebaliknya sanggup bekerjasama dengan Umno demi kepentingan sendiri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.