Portal media The Heat Malaysia ditutup

Portal media The Heat Malaysia ditutup

Pengumuman di laman web media itu berkata penutupan itu kerana “keputusan perniagaan”.

theheatmalaysia_600
KUALA LUMPUR:
Portal berita The Heat Malaysia semalam mengumumkan operasinya dihentikan, selepas hanya setahun diterbitkan secara digital dan online sepenuhnya.

Dalam satu pengumuman di laman webnya, staf portal itu berkata mereka dimaklumkan langkah itu ialah “keputusan perniagaan”.

“Kami berusaha membangkitkan apa yang salah, dan menjadi suara kepada mereka yang tidak dapat bersuara. Suara itu sudah tiada lagi.

“The Heat Malaysia bukan yang pertama, atau akan menjadi yang terakhir kehilangan suara itu,” menurut pengumuman itu.

Pengumuman itu bagaimanapun tidak menyatakan mengenai pemberian bentuk pampasan kepada kakitangan.

Media itu bermula sebagai akhbar cetak diterbitkan secara mingguan pada 2013, dan pernah digantung pihak berkuasa di bawah Akta Media Cetak dan Penerbitan tahun yang sama.

Penggantungan itu dibatalkan pada tahun berikutnya, tetapi syarikat media berkenaan beralih kepada operasi digital sepenuhnya pada 2015.

Selain The Heat Malaysia, portal media The Malaysian Insider dan Bloomberg TV Malaysia juga menghentikan operasi mereka tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.