
Dalam satu kenyataan, B Prasanth Kumar, pelajar jurusan undang-undang berusia 22 tahun dari Melaka, mendakwa Hashim bertanya soalan peribadi yang tidak relevan dengan pendengaran itu.
Prasanth mendakwa Hashim turut menasihatkan bapanya, yang hadir sama agar menasihati Prasanth menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dalam prosiding seperti pendengaran bantahan.
Prasanth, pelajar di sebuah universiti swasta, pada pendengaran itu membentangkan bantahan terhadap panel SPR mengenai syor bagi kerusi Parlimen Jasin dan kerusi negeri Rim di Melaka.
Semasa pembentangan tersebut, beliau mendakwa Hashim, yang mengetuai 6 panel SPR, bertanya kepadanya sama ada beliau pelajar universiti dan belajar di mana.
“Saya bertanya soalan yang sama 3 kali. Kemudian Hashim bertanya sama ada saya mengenali individu yang duduk di sebelahnya dan saya menjawab tidak.
“Beliau berkata, 2 daripada anggota panel adalah hakim, dan saya mengakui mereka lebih berpengetahuan daripada saya. Saya kemudian meneruskan pembentangan bantahan saya.”
Selepas pembentangan, Prasanth berkata Hashim bertanya kepadanya sama ada beliau menghadiri bantahan baru-baru ini dan membawa sepanduk.
Prasanth berkata beliau menghadiri protes tetapi tidak membawa sebarang sepanduk dan berkumpul secara aman.
Ketika dihubungi, Prasanth memberitahu FMT beliau percaya Hashim bertanya sama ada beliau menyertai perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini.
Beliau terkejut dengan soalan Hashim dan kenyataan mengenai menamatkan pengajian terlebih dahulu dianggap tiada kena mengena dengan bantahannya.
“Jika tiada apa-apa, beliau harus memberi tumpuan kepada pembentangan saya tentang bantahan. Apakah kaitan umur atau sama ada saya masih belajar mempunyai kaitan dengannya?”
Hashim masih belum memberi jawapan kepada permintaan FMT untuk mendapatkan komen mengenai dakwaan Prasanth ini.
Sebelum ini dilaporkan SPR menerima 836 bantahan terhadap persempadanan semula yang dicadangkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Berikutan bantahan, SPR mula menjalankan siasatan bagi mendengar semua perwakilan melalui kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan 100 pengundi berdaftar di kawasan masing-masing.
Parti politik daripada kedua-dua belah pihak, parti komponen Barisan Nasional dan pembangkang menyuarakan kebimbangan mengenai amalan cadangan persempadanan semula itu, memetik ketidakseimbangan kaum dan kelebihan yang tidak adil kepada lawan mereka, antara lainnya.
SPR patuh undang-undang laksana persempadanan semula, kata menteri