
Mereka tetap berkumpul di kawasan itu meskipun Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan pada 29 November lalu bertindak merobohkan sekatan yang dibina Orang Asli bagi menghalang aktiviti pembalakan di situ, sejak beberapa bulan lalu.
Tinjauan FMT hari ini mendapati kumpulan Orang Asli itu mula memasang khemah di kampung itu sejak polis menahan ahli mereka, kelmarin.
Nasir, salah seorang Orang Asli berkata mereka bukan penjenayah dan tidak sepatutnya polis menangkap mereka.
“Kami bukan penjenayah kenapa tangkap kami, kami hanya menuntut hak saja.
“Kami desak pihak berkuasa bebaskan keluarga kami, kami akan terus mendesak sehingga mereka dibebaskan, kami akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir,” katanya kepada FMT.
Seorang lagi penduduk, Gapeh Angah berkata: “Kami tidak akan berganjak dan terus berkumpul di sini sehingga, semua rakan kami dibebaskan.
“Kasihanilah kami, berhenti buli kami, kami merayu,” katanya.
PAUTAN;
Anggota perhutanan roboh sekatan, Orang Asli nyanyi Negaraku