JPJ nafi kadar lesen kenderaan naik

JPJ nafi kadar lesen kenderaan naik

Dalam satu kenyataan, JPJ menafikan terdapat pengumuman tentang kenaikan kadar fi LKM yang melibatkan semua jenis kenderaan 880cc ke atas, bermula Januari tahun depan.

jpj
PUTRAJAYA:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini berkata maklumat yang tersebar luas melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) tidak tepat dan palsu.

Dalam satu kenyataan, JPJ menafikan terdapat pengumuman tentang kenaikan kadar fi LKM yang melibatkan semua jenis kenderaan 880cc ke atas, bermula Januari tahun depan.

“Jabatan ini memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat awam,” katanya.

JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai mesej melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber sah.

“Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada jabatan ini dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu,” kata kenyataan itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.