Zunar dibebaskan dengan jaminan polis

Zunar dibebaskan dengan jaminan polis

Kartunis yang ditangkap atas tuduhan menghasut dan menggugat keamanan itu gembira dengan pembebasannya.

zunar_09
GEORGE TOWN:
Kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar dibebaskan dengan jaminan polis, selepas direman 10 jam di Balai Polis Daerah Timur Laut, hari ini.

Peguamnya, R S N Rayer berkata beliau dibebaskan pada jam 6.45 petang.

Pembebasan beliau turut disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid yang berkata beliau dilepaskan dengan jaminan polis.

Zunar meluahkan kegembiraan dan kelegaannya menerusi mesej kepada Rayer: “Terima kasih kepada pasukan peguam – Ramkarpal Singh, Cheah Kah Peng, Mathan Ananadaram, dan Lee Khai.”

Beliau turut menulis: “Bebas”, dengan gambar beliau bersama peguam dan Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuriraani Patto.

zunar_09111

Zunar sebelum ini direman selama sehari di Mahkamah Majistret George Town.

Jumaat lalu, Zunar yang mengadakan pameran 20 lukisan kartun di Komtar di sini didatangi beberapi ahli Pemuda Umno Pulau Pinang dan berlaku perbalahan

Zunar terpaksa membatalkan pameran itu atas sebab-sebab keselamatan walaupun ia sepatutnya berlangsung sehingga Ahad.
Ahli-ahli Umno bersama NGO Melayu lain kemudian menuntut beliau menurunkan lukisan, kerana ia menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin negara lain dalam keadaan yang teruk.

Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail yang membuat laporan polis selepas itu, berkata lukisan Zunar mengganggu keamanan rakyat Malaysia amnya.

Norhiesam berkata lukisan Zunar itu dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Kartunis Zunar ditahan reman sehari

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.