Adik perempuan Fidel Castro enggan hadir pengebumian

Adik perempuan Fidel Castro enggan hadir pengebumian

Menentang rejim komunis, Juanita yang tinggal di Miami sejak 1964 berkata dia bekerjasama dalam plot CIA untuk menggulingkan Fidel.

juanita-castro
MIAMI: Juanita, adik perempuan Fidel Castro yang menetap di Miami sejak berdekad lalu, tidak akan menghadiri majlis pengebumian pemimpin revolusi Cuba itu, lapor media tempatan semalam.

“Susulan khabar angin mengatakan saya dalam perjalanan ke Cuba untuk majlis pengebumian itu, saya ingin menyatakan dengan jelas yang saya tidak pernah pulang ke Cuba dan tidak bercadang berbuat demikian.

“Saya tidak meraikan kematian mana-mana manusia, dan saya tidak akan berbuat begitu dengan seseorang yang berkongsi nama keluarga dengan saya.

“Sebagai adik Fidel, saya kehilangan seorang manusia yang berkongsi darah dengan saya,” katanya kepada media El Nuevo Herald.

Presiden Raul, adik bongsu Fidel mengumumkan kematiannya menerusi siaran televisyen negara tengah malam Jumaat lalu (waktu tempatan).

Fidel mempunyai 7 adik-beradik termasuk Raul. Juanita yang lahir pada 1933 ialah satu-satunya adik-beradik Fidel yang menentang rejim komunis diketuai abangnya itu selama lebih 5 dekad, secara terbuka.

Juanita tinggal di Miami sejak 1964, dan berkata dia bekerjasama dengan plot CIA untuk menggulingkan Fidel.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.