Henti guna agama dapatkan hak jagaan anak, kata penguam syarie

Henti guna agama dapatkan hak jagaan anak, kata penguam syarie

Ramai memeluk Islam sebagai helah bagi mendapatkan hak penjagaan anak dan cadangan pindaan RUU henti penukaran agama Islam sebelah pihak dapat membendungnya.

mahkamah
PETALING JAYA:
Langkah Putrajaya membentangkan cadangan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) yang akan menghentikan perbuatan menukar agama anak di sebelah pihak, disambut baik peguam syarie.

Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pindaan yang dibuat itu merupakan satu langkah bijak kerana kebanyakan kes seperti itu berlaku apabila adanya masalah rumah tangga membabitkan suami dan isteri.

“Apabila ada masalah rumah tangga antara ibu bapa, salah satu terutama bapa mengambil langkah memeluk Islam sebagai cara untuk mendapat hak jagaan anak-anak.

“Jadi dia mengambil anak dan masuk Islam, kemudian ke Mahkamah Syariah memohon cerai, dia akan mendapat hak penjagaan. Jika ini motifnya, memang kita tak mahu orang-orang macam ini. Dia tidak ikhlas,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan pindaan bagi bacaan pertama di bawah akta itu.

Perkara utama dalam cadangan pindaan itu ialah ia akan diguna bagi mana-mana kes masih tertangguh di mahkamah.

Mengulas lanjut, Akberdin berkata kejujuran bapa terbabit boleh dipertikaikan dan beliau sendiri mempunyai pengalaman mengendalikan kes seperti tu itu.

“Saya sendiri pernah mengendalikan kes seperti ini. Saya buat perkara yang sama dan kemudian dapat i hanya helah lelaki berkenaan kerana anak masih kecil, berusia dalam lingkungan 3 hingga 4 tahun.

“Dengan cara ini, dia ke mahkamah syariah dapat (hak jagaan). Saya rasa demi keadilan pihak satu lagi (yang tidak bertukar agama), boleh berbincang sebelum memeluk (Islam). Bubarkan dahulu perkahwinan dan buat apa yang patut,” katanya.

PAUTAN: 

Putrajaya bentang RUU henti penukaran agama Islam sebelah pihak

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.